Friday, February 10, 2012

MULTIMEDIA LEVEL MARKETING *indahnya kalau join







ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Image Detail Kali ni.. saya nak share dengan cara santai sahaja.
topik saya kali ini tidak lain tidak bukan M.L.M? mungkin anda pernah dengar tentang ini.
saya sebenarnya memang tidak percaya dengan benda2 seperti ini. huh! lantak la... kalau orang nak cakap ketinggalan, kuno or sebagainya. saya sendiri telah mengalami sendiri dan saya sendiri dapat hidu bagaimana sindiket ini dijalankan... ya alhamdulillah saya sudah didedahkan sebelum ini bagaimana nak kenal pasti sindiket kotor ini berjalan dan bagaimana mereka yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan ini merampas wang orang tanpa disedari! mari kite tengok bagaimana "MEREKA" masuk jarum


TARGET MEREKA : pelajar2 IPT , pelajar sekolah menengah , orang miskin , orang ingin cepat kaya! and most important! orang lurus macam highway! *sorry to say


TEKNIK MEREKA :


1. Rakan anda akan mengajak anda untuk pergi kesuatu tempat, tetapi mereka tidak akan beri tahu kemana.
contoh: si A akan mengajak si B untuk temannya ke suatu tmpt yang berdekatan (mungkin kalau pejabat "mereka" dekat) si A akan sanggup menyediakan kenderaan kepada si B kononnya untuk bertemu si C yang sebenarnye tidak wujud pun manusia si C tu.


2. Rakan anda akan bawa anda terus ke tempat "mereka" dan di berikan dengar ceramah yang tah ape2
*bagi saya la
contoh: si A masih lagi belum beri tahu si B tentang ape sebenarnye yang terjadi.. jadi di sebabkan kawan punya pasal.. si B pun kononnye.. teman la si A  tanpa syak ape2 (yela,,, dah kawankan...)


3. didalam dewan seminar itu, mereka akan beri pendedahan cara marketing mereka, yang kononnya ada kelulusan dari menteri la bagaikan! grrr mereka mula la membincangkan tentang wang yang bakal si pendengar ini terima sekiranya join benda ni. beribu beriban la mereka cerita. *walau korang bosan tetap kena dgr, kawalan mereka sangat ketat.. payah nak keluar
 Image Detail
*hello derr okay la.. sape tak nak kan duit jatuh ke riba.. wuhuuu DONIA INI HAKU YANG PUNYA MUAHAHAHAHA owyeah... tapi korang fikir erk.. diorang akan suruh korang cari orang bawah, orang bawah hang tu nanti.. kena bayar lagi.. then duit yang orang bawah hang tu bayar... bukan 100% hang dapat! depa yang dok menipu tu kaut.. maybe dalam 10% je korang dapat
Image Detail




macam yang MIRA AZLIS sendiri kena ni... diorang akan "paksa" okay.. "paksa" atleast rm800.. kalau kite dapat tarik seorang... kite dapat la rm160 dalam 20% je????? hey! abes modal yang korang keluarkan tu? rm800 tu macam mana? so kena la cari orang lagi.. untuk pulang modal. kan? 
then kena menipu lagi mangsa lainkan? dah kalau mangsa yang anda target tu.. tak join... sia2 je.. habuk pun anda tak dapat! tolonglah sedar kalian2 kawan2 ku


4. Selepas tamat seminar tu.. kita pun terus balik... 
Image Detail


OPSSSS! nak balik mana??? tak boleh punya! mereka akan tahan anda! anda ingat anda boleh lepas? mereka akan paksa anda semahu2nya untuk keluarkan duit! dan mula masuk jarum untuk ajar anda menipu.





pengalaman saya: mereka akan ajar anda untuk menipu ibubapa anda! dialog mereka pada saya untuk ajar menipu:


a)
saya:      saya tak de duit la.
mereka: "nak jadi anak yang soleh dan solehah tak?? nak bawa mak ayah pergi tunai haji tak?? pergi mintak  
             duit kat ayah, cakap ada projek untuk U adik ala.. rm800 je.. nanti pulangkan balik bila da dapat
             duit" 
*hey! siapa ajar untuk jadi anak soleh dan solehah kena tipu ibubapa? ape ni? kata perniagaan anda bersih. kenapa perlu dimulakan dengan menipu?


b) 
mereka: kau hidup susah ke senang?
saya:      sederhana. tak susah tak senang.
mereka: "kau tak nak hidup senang ke? kau tahu tak yang kau miskin? mak bapak kau beli  
                kereta pun
                pinjam bank! kau belajar pun pinjam ptptn. kau panggil itu kehidupan sederhana? itu      
                miskin. okay,
               susah2 sangat tak payah   
               mintak dekat ayah.. mintak dekat kawan2.. dengan cara pinjam rm80 daripada 10   
               orang cakap ada hal kecemasan, perlukan wang segera."
Image Detail

*menipu kawan2? sanggup ke anda? macam mana kalau anda kehabisan wang? dan wang anda tidak dapat di kembalikan? macam mana nak berdepan dengan 10 org tu? ape anda perlu cakap kalau mereka tibe2 minta wang mereka kembali? ape penipuan yang harus anda lakukan lagi?  fikir la! 


5. Jangan terkejut sekiranya soalan seperti ini di ajukan
Image Detail
"kau tak ada ke jam? rantai ke? gelang nak gadai?" 
"dalam akaun kau ada berapa?"
"kau tak ada duit? mana pergi ptptn kau?"


*huh? bunyi kejam kan? apa ade hal? mereka tak mempunyai hati! hati mereka dah gelap! tak tahu dah mana betul mana salah! 


Image Detail
janji mereka dapat wang dari anda! manusia jenis apa ni? mereka sedar tak yang mereka sedang buat seorang pelajar yang masih mentah dan belum bekerja macam tu! tiada pendapatan! apa ni? anda tak nampak lagi ke?


(alhamdulillah ya allah kau selamatkan aku! aku berjaya keluar dari tempat itu dengan selamat!)


nanti kalau anda terkena macam ni... mereka akan hulur tangan suruh anda salam, dan janji yang anda akan join.. jangan pernah salam tangan mereka dan berjanji untuk join.. walaupun anda niat menipu mereka untuk lepaskan diri. jangan terkejut! mereka berpenampilan seperti orang yang warak dan alim. mereka hanya bertopeng sahaja. 
Image Detail
*ini tips langkah keselamatan je. terpulang pada anda.




saya juga amat bersimpati dengan kawan saya... dia terlalu baik dan mudah percaya orang.. dia sudah sebulan join benda ni.. dan duit ptptn nya sudah habis.. tetapi modalnya tidak dapat kembali.. tapi dia masih belum sedar.. dia seorang yang susah.. ibunya terpaksa menjual nasi lemak untuk menyaranya.. tapi duitnya.. di bazirkan begitu sahaja. ya allah.. kau bantulah dia.


Image Detail







*Biarlah Mira Azlis dengan caranya sendiri. walaupun perlu berhutang dgn ptptn tak ape la.. sebab sendiri yang kna tanggung. bukan menyusahkan or guna nama orang lain! janji saya dapat sambung belajar. tak kisah la hutang, saya lebih rela hutang dgn ptptn dari:
♥ dapat duit tapi di maki hamun
♥ dapat duit tapi tak halal
♥ dapat duit tapi menyusahkan orang yang susah.
♥ dapat duit tapi dengan cara menipu
♥ dapat duit tapi memeras ugut orang!

Image Detail


#jangan nak ugut orang sesuka hati dan tanya berapa ada dalam akaun or barang yang perlu di gadai kan... itu bukan cara orang islam berniaga. itu bukan satu bisness tetapi itu satu sindiket. berhenti lah kena kan pelajar2 IPT yang sangat memerlukan wang! jangan membebankan mereka. mungkin didunia anda selamat, di akhirat siapa yang tahu? makan duit atas orang. perniagaan jenis apa ni?




#bukan semua la jahat.. ada sesetengah je yang merosak kan benda ni.. sampai orang pandang serong. pada permulaannya.. ia tak bahaya pun.

1 comment:

LIKE THIS ON FB