Wednesday, May 23, 2012

#1 WANITA-WANITA CONTOH

1. Siti khadijah binti khuwailid
     - Digelar AFIFAH SOLEHAH (wanita suci)
     -Beliau telah berkorban segala harta kekayaannya untuk perjuangan Rasulullah s.a.w.
     -Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah s.a.w
>Bayangkan.. beliau seorang yang kaya raya tetapi sanggup di pulaukan selama 3 bulan. Beliau seorang isteri yang sangat tabah!

Image Detail

Kisah Siti Khadijah Binti Khuwailid

2. Fatimah az-Zahrah binti Rasulullah SAW
  - Seorang anak yang solehah
  - Sentiasa bersama ayahandanya tidak kira susah dan senang
  -Beliau tidak pernah merungut walaupun sedikit
> sewaktu ayahandanya Rasulullah SAW dibalingkan dengan najis.. dan luka, dia lah yang membersihkan dengan tangannya sendiri yang bersih dan suci itu tanpa merungut walaupun sedikit dengan kesusahan yang dihadapi.


Image Detail

klik la untuk baca tentang Fatimah Az Zahra RA, Puteri kesayangan Muhammad SAW

3. Mutiah
  - seorang isteri yang taat kepada suaminya
  - berhias hanya untuk suami tercinta.. dan setia menanti suaminya pulang dari berjihad..
  - sering menyediakan tongkat dan minuman untuk suami tercinta
> Allah telah memilihnya sebagai pemegang tali kenderaan tunggangan Fatimah Az Zahra


Image Detail


4. Asiah Binti Muzahim
  - Seorang isteri firaun.
  - Sanggup mengharungi seksaan dan keperitan hidup bersama firaun tanpa mengganggu gugat imannya
> Allah telah menjadikannya antara yang beriman dengan Nabi Musa.. serta allah juga telah merakamkan namanya didalam Al-Quran. Allah juga telah menjadikan lembut bicaranya itu sebagai penyelamat Nabi Musa AS dari dibunuh firaun.

Image Detail

klik untuk baca tentang Asiah Isteri Firaun





Monday, May 21, 2012

#1 DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP (CP)



DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP

Bagus diamalkan untuk....

a) Hati yg tertutup untuk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup untuk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup untuk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup untuk berkahwin

Maksud Ayat:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata (1).

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya) (2).

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) (3).





Sunday, May 13, 2012

Erti persahabatan




kawan yang sejati tahu bagaimana hendak menghargai anda tetapi sebelum itu cubalah untuk hargai rakan anda terlebih dahulu dengan menjadi pendengar yang setia =)


Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang



Image Detail

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Image Detail

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Image Detail

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU


Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI


Image Detail

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Image Detail

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
Tak tahu la kan boleh percaya 100% ke tak.. sebab ada je yang berjerawat sebab resdung. kan? semoga anda semua sihat ya =)


Saturday, May 12, 2012

FITNAH LELAKI TERHADAP WANITA


بسم الله الرحمن الرحيم



Image Detail


Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.
Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat nafikan.
Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!
Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.
Apa tujuan semua itu?
Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuatnaik gambar dalam Facebook.
Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah “like” gambar tu.
Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak tu.
Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!
Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu.
Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut.
Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.
Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!
Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual).
Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam.
Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain.
Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

Sumber: Facebook Ustaz Nasir


LIKE THIS ON FB