Thursday, November 8, 2012

LELAKI PERLU TAHU


SECARA lumrahnya, tubuh manusia cuma mampu menahan sakit sehingga 45 (unit) kesakitan. Walaubagaimana pun, ketika bersalin, seseorang wanita itu menghadapi kesakitan pada tahap 57 (unit) kesakitan.
Ini bersamaan dengan kesakitan seperti patah 20 tulang pada masa yang sama. Oleh itu, hargailah pengorbanan dan jasa ibu serta isteri anda....

copy paste dari =)

Solat sunat Dhuha



SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.





Tuesday, November 6, 2012

Kenapa nak cerita tentang orang?

BISMILLAH



Kenapa perlu kita cerita tentang orang lain.. walhal... diri kite sendiri tidak perfect!
Kenapa perlu kita menjaja keburukan orang lain.. walhal.. keburukan diri kita lebih teruk!

persoalan ini selalu bermain2 di minda.. ternyata rupa2nya.. kita menceritakan keperibadian org lain.. sebenarnya... kita membuka keperibadian kita sendiri.. jika kita sebarkan yang buruk2 tentang orang lain.. sebenarnya.. itu adalah refleksi diri kita sendiri ibarat kita sedang berbicara di hadapan cermin...

kita juga mencerita keburukan orang lain demi menutup kelemahan diri kita sendiri... benarkah ini?? YA!
memang benar.. itu la diri kita sebenarnya...

ini juga peringantan bukan pada pembaca... tetapi.. untuk saya juga.. insyaAllah.. kita cuba untuk mengubah diri... untuk tampil sebaik2nya di hadapannya kelak.. ingatlah.. kehidupan ini ibarat roda... kita tidak selalu berada di atas... dan juga... jangan hampa... kerana.. bukan juga kite sering ditindas di bawah... =)

ASSALAMUALAIKUM

Perkahwinan bukan seperti pekerja dan majikan!

Bagi saya, perkahwinan itu ialah satu partnership. Bukannya seorang employer dan seorang lagi employee. Kalau itu yang dicari, maka yang diingini ialah orang gaji dan bukannya seorang pasangan...

Bila saya sebut partnership, maka patut difa
hami bahawa kedua-dua pihak perlukan satu sama lain. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Ramai perempuan yang inginkan seorang Imam untuk membimbing mereka. Tapi janganlah lupa, si Imam juga perlukan bimbingan Makmumnya. Even dalam solat pun, kadang-kadang Imam perlukan pertolongan Makmum. Contohnya, Imam mungkin terlupa sesuatu dalam solat. Maka, Makmum akan mengingatkan.
Kedua-dua pihak harus bersedia untuk membimbing satu sama lain. Itulah perkahwinan.
Setiap tahun, selalunya saya dan keluarga akan balik ke kampung kami di Kelantan untuk meraikan Hari Raya puasa. Maka kami sekeluarga akan drive dari rumah kami di Perlis ke Kelantan. Ketika saya berada di seat penumpang, kadang kala saya memerhati bapa saya di seat pemandu dan ibu saya di seat sebelahnya.
Memandu dari Perlis ke Kelantan itu amatlah jauh. Ada ketika, jalannya berliku-liku. Bukannya highway yang lurus dari mula hingga ke akhir. Maka sudah tentu perjalanan seperti itu akan meletihkan ayah saya yang memandu. Sepanjang perjalanan, ibu saya akan cuba untuk memastikan bahawa ayah saya kekal fokus dan memandu dengan selamat. Kadang kala ibu saya akan menyuap ayah saya dengan makanan ringan. Kadang kala ibu saya memberi ayah saya minum. Kadang kala ibu saya akan mengurut-urut lehernya. Ibu saya juga akan bersembang-sembang dengan ayah saya supaya dia tidak mengantuk. Kadang kala bergurau senda seperti budak-budak dan kadang kala bertengkar seketika. Kadang kala apabila ayah saya terlalu letih, maka ibu saya akan memandu. Kadang kala apabila tidak mampu untuk memandu, kami berhenti di R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Saya tersenyum riang melihat mereka berdua. And then, saya terfikir sesuatu.





Ha! point nya kat sini... sebagai suami isteri sepatutnya berkerjasama dalam ape pun... bukan membahagi2kan kerja.. kata salaing melengkapi.. bukan hanya dilengkapi... tp kita jugak melengkapi pasangan kita.. insyaAllah.. bila kerjasama ada.. pasti rumah tangga yang dibina.. akan kukuh dan insyaAllah hingga ke syurga... amin... 


SUMBER

Friday, November 2, 2012

Seloka McDonald




Edisi Senyum Sendiri~SELOKA MCD!




Samad : hello mcD
-mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ade ?
-mcD : ade
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak ?
-mcD : (tutup telefon)



Samad: hello mcD
-mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ?
-mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
-mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek ?
-mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)


Samad : hello mcD
-mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?
-mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?
Samad : takk .. cume kesian .. tak boleh tidur :3
-mcD : (baling telefon)


Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih-2 .. saye cari belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade tak???
mcD : (kejang , mulut berbuih dan pengsan seketika)


#CP




Wednesday, October 24, 2012

MAT LUTFI -DRAMA2 SEBELUM KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM




Ramai kawan2 kita yang merancang berkahwin dalam usia muda... ada yang plan kahwin lepas degree la.. lepas diploma la... tapi... WATCHOUT! kita hanya mampu merancang.. allah menetukan segalanya... kali ni.. mat lutfi tampil dengan keletah2 & masalah2 yang dihadapi sebelum kahwin... dalam berjenaka.. actully ada input yang besar ingin disampaikan... selamat menonton!




Tekan sini untuk tengok vidoe =D 


Buka mata hati #RANDOM




BISMILLAH
Tinta di tulis bukan kerana nama..
Tinta di tulis hanya ingin berkongsi sama..

SAYA TAK DIPERLUKAN?




Tidak perlu kita ungkapkan kepada seseorang itu untuk memberitahu dia tidak berguna pada kita..
hanya dengan cara kita melayannya sudah cukup untuk menyampaikan yang dia tidak berguna pada kita..
jadi.. layan lah orang kita sayang supaya mereka tidak rasa yang diri mereka tidak berguna.. 
jadi... buka la mata hati... tanyalah diri.. 
"Adakah saya melayan orang disekeliling kita dengan sebaik-baiknya?"





Saturday, August 25, 2012

Maha melihat #random

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-maha-melihat-opick-ft-amanda.html#ixzz24bsdlSZa


Tiada yang abadi didunia.. hanya kau yang satu Ya Allah...

Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat ku.. 
Kau yang satu tiada yang lain Ya Allah..
Alhamdulillah.... Aku redha dengan kententuanmu Ya Allah 
Jodoh, ajal. pertemuan dan perpisahan semua ditanganmu Ya Allah...

Friday, August 3, 2012

SONY Xperia




Hey, yeahh.. Yeah..



Hey, yeahh..X2 Yeah.. (Ohh..)


Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hati
Ada di hati (Yeahh..)

Kini aku temui








Ni pulak aksesorinya... alahai... =D hebad betul ni... nak3





Want a tip? Put the power of GPS on your wrist – Google Maps for SmartWatch lets you navigate on the go by viewing your route on satellite!


There are now over 80 apps available for the Sony SmartWatch! Which apps help you stay connected with this Android watch? 


Keep the world at your fingertips with your Xperia and these new SmartWatch apps! What'll you do first – get GPS on the go, jot down notes, IM across social profiles or create mini slideshows? 


Wherever you go, find out how to keep connected and listen to the great music on your smartphone wirelessly! What's on your holiday soundtrack? 

Check the weather, handle your alarm, launch your calendar…SmartTags are like mini-personal-assistant-di
scs that can do almost anything, except fetch your coffee (at least, not yet). 'Like' it?

Cara elakkan assignment anda di copy



siapa pernah ada pendrive macam ni? bagus ni.. xde siapa boleh main copy je assignment korang. hehe


Cara menurunkan darah tinggi





Antara cara untuk menurunkan darah tinggi yang pernah saya cuba ialah:


Image Detail
ha! ini dia asam keping... mcm mana nak buat kan dengan asam keping ni??
antara caranya...
rendamkan asam keping ni dalam air panas.... biar kan smpai air panas tu jadi suam.. pastu minum la.. insyaallah ini dapat juga membantu...





selain itu.. ada jugak kata.. guna daun sup...
 ha.. ni dia daun sup.. hehehe... cuba la letak kan dalam hidangan.. ada jugak yang ckp.. makan mcm tu je.. ala2.. ulam... mana tahu.. boleh kurangkan darah tinggi tu...





ha! kawan2.. ni la koko.. (ape kes la minah ni tunjuk koko pulak?? nak suruh telan benda ni ke??) hehe actully koko ni salah satu ubat untuk darah tinggi.. caranya.. dengan menggunakan serbuk koko ye.. bukan biji koko mcm gambar hiasan tu... serbuk koko boleh di dapati di mana2 pasaraya... caranya.. bancuh serbuk koko tu dgn air panas.. dan minum.. rasanya.. memang pahit.. biasa la ubatkan.. =) okay.. tu je nak share.. mana tahu boleh membantu.. kalau2 nak cuba.. tp kalau da teruk.. better terus jumpa doktor... =)


Teguran bukan perlian, jagalah hati rakanmu




 Alhamdulillah kerana masih dberi kesempatan ntuk saya share sesuatu.
Saya mula tersedar tentang sesuatu..
saya berfikir sejenak...
mengapa sesetengah manusia.. perlu menegur rakannya... disusuli dengan perlian...
bukankah itu akan membuatkan sahabat anda terasa..
bukan kah jika kita membuat seseorang terasa juga adalah satu dosa????

Ya! mungkin rakan kita mempunyai kelemahan... jika kita ingin menegur mereka..
cuba hanya sekadar teguran dengan harapan si sahabat tadi akan berubah..

contoh dialog :

si A: Ala... aku lupa nak bawak barang yang aku pinjam tula.. sorry
si B: Aku dah agak dah... sejak bila pulak kau tak pelupa? tula.. lain kali buat note besar2 tampalkan board
      erk... supaya ingat!


ha! kan sentap dah si A... cuba si B ubah dialog tu sikit.... supaya jadi lebih manis mungkin..
saya pun sebenarnya sedang nasihatkan diri sendiri,,, insyaallah.. sama2 kita cuba ubah diri kita..
supaya semakin lama semakin baik =)

selamat bulan puasa.. jom kita berhijrah =)

Wednesday, May 23, 2012

#1 WANITA-WANITA CONTOH

1. Siti khadijah binti khuwailid
     - Digelar AFIFAH SOLEHAH (wanita suci)
     -Beliau telah berkorban segala harta kekayaannya untuk perjuangan Rasulullah s.a.w.
     -Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah s.a.w
>Bayangkan.. beliau seorang yang kaya raya tetapi sanggup di pulaukan selama 3 bulan. Beliau seorang isteri yang sangat tabah!

Image Detail

Kisah Siti Khadijah Binti Khuwailid

2. Fatimah az-Zahrah binti Rasulullah SAW
  - Seorang anak yang solehah
  - Sentiasa bersama ayahandanya tidak kira susah dan senang
  -Beliau tidak pernah merungut walaupun sedikit
> sewaktu ayahandanya Rasulullah SAW dibalingkan dengan najis.. dan luka, dia lah yang membersihkan dengan tangannya sendiri yang bersih dan suci itu tanpa merungut walaupun sedikit dengan kesusahan yang dihadapi.


Image Detail

klik la untuk baca tentang Fatimah Az Zahra RA, Puteri kesayangan Muhammad SAW

3. Mutiah
  - seorang isteri yang taat kepada suaminya
  - berhias hanya untuk suami tercinta.. dan setia menanti suaminya pulang dari berjihad..
  - sering menyediakan tongkat dan minuman untuk suami tercinta
> Allah telah memilihnya sebagai pemegang tali kenderaan tunggangan Fatimah Az Zahra


Image Detail


4. Asiah Binti Muzahim
  - Seorang isteri firaun.
  - Sanggup mengharungi seksaan dan keperitan hidup bersama firaun tanpa mengganggu gugat imannya
> Allah telah menjadikannya antara yang beriman dengan Nabi Musa.. serta allah juga telah merakamkan namanya didalam Al-Quran. Allah juga telah menjadikan lembut bicaranya itu sebagai penyelamat Nabi Musa AS dari dibunuh firaun.

Image Detail

klik untuk baca tentang Asiah Isteri Firaun





Monday, May 21, 2012

#1 DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP (CP)



DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP

Bagus diamalkan untuk....

a) Hati yg tertutup untuk melakukan amal soleh
b) Hati yg tertutup untuk melakukan amal jariah
c) Hati yg tertutup untuk menerima nasihat
d) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup
e) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup
f) Hati yg tertutup untuk berkahwin

Maksud Ayat:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata (1).

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya) (2).

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) (3).





Sunday, May 13, 2012

Erti persahabatan




kawan yang sejati tahu bagaimana hendak menghargai anda tetapi sebelum itu cubalah untuk hargai rakan anda terlebih dahulu dengan menjadi pendengar yang setia =)


Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang



Image Detail

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Image Detail

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Image Detail

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU


Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI


Image Detail

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Image Detail

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
Tak tahu la kan boleh percaya 100% ke tak.. sebab ada je yang berjerawat sebab resdung. kan? semoga anda semua sihat ya =)


Saturday, May 12, 2012

FITNAH LELAKI TERHADAP WANITA


بسم الله الرحمن الرحيم



Image Detail


Seringkali kita dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki. Fitnah perempuan yang kita nampak, memang dari banyak sudut. Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi yang tak larat nak ditulis dekat sini.
Mungkin disebabkan terlalu fokus terhadap fitnah wanita terhadap lelaki, kita terlepas pandang pasal fitnah lelaki terhadap wanita. Ya, benar fitnah wanita terhadap lelaki itu kita nampak lebih dominan, menonjol dan tertonjol. Itu tidak dapat nafikan.
Tapi, disebabkan terlalu fokus pasal wanita, kita lupa pasal lelaki. Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!
Sebagai contoh para muslimin mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar yang bermacam-macam pose di Facebook.
Apa tujuan semua itu?
Mungkinkah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak memuatnaik gambar dalam Facebook.
Dah lah perwatakannya warak, kacak pulak tu. Lalu ramailah pulak golongan muslimah “like” gambar tu.
Bukan saja “like”, malah apa yang kita dapat lihat, ramai pulak muslimah yang ‘tersangkut’ dek mata kail fitnah lelaki warak tu.
Kononnya memuatnaik untuk menggalakkan orang lain untuk meniru cara Nabi SAW, padahal tindakannya itu membawa fitnah kepada muslimah!
Kalau pun memuatnaik gambar tu sekadar nak bagi kenal, tak perlulah bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain tersangkut di mata kail tu.
Cukuplah sekadar gambar biasa-biasa saja. Tapi, apa yang berlaku banyak pulak para muslimah tersangkut.
Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.
Ada juga pujian fitnah yang ‘berbentuk islamik’ ya? Contohnya ‘indahnya ciptaan Allah, hensemnya ciptaan Allah ni…’ dan macam-macam lagilah!
Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. Ini adalah kerana kaum wanita juga dikurniakan gharizatul nau’ (naluri berkasih-sayang/seksual).
Mereka juga boleh terangsang dengan gambar-gambar kaum Adam.
Oleh itu, berpada-padalah dalam bergambar dan memuatnaik gambar kat Facebook dan laman sosial lain.
Kita asyik fokus pada fitnah wanita, dalam masa yang sama kita terlupa pasal fitnah lelaki terhadap wanita.

Sumber: Facebook Ustaz Nasir


Tuesday, April 17, 2012

Siapa tangan dia berpeluh?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera

Image Detail




tangan berpeluh ni.. terlibat jugak dengan keadaan emosi..
ia boleh jadi makin teruk kalau emosi terusik..
contohnya:

  • rasa teruja
  • rasa gembira
  • rasa sedih
  • takut

mcm2 lagi... kalau tgh relaks. hati tenang je tangan okay.. kan2?? haha >,< saya pun sama hee
benda ni.. bahaya jugak kalau tak dapat dikawal.. hehe tapi jangan risau...
hek3. meh sini saya nak share something..
kepada anda yang mengalami masalah tangan berpeluh ni sebenarnya tak perlu risau..
ada macam2 kaedah boleh menghilangkan penyakit ni..
antaranya..
boleh membuat pembedahan buang kelenjar peluh...
tak pun buat je botox kat tangan tu ha.
ni antara komen yang saya terbaca.. rawatan yang ade skrg...

(copy paste)
1. pembedahan - kalo hospital kerjaan, bese yg aku dgr org bt kt IJN...private pon de yg bt surgery cmni...doktor akan wt minor surgery di bwah ketiak n akan buang kelenjar ke atau reseptor...xingat la aku...chances mmg 50-50...same ade brhenti trus atau semakin teruk...

kalo berhenti plak, mgkin dlm beberapa bulan, n pastu penyakit tu akan berpindah kt part laen...sbgai contoh mbr aku, lpas wt surgery mmg xde la tapak tgan bsah ni, bukn maen sronok die...tp brape bulan pastu, peluh tu berpindah kt tmpt laen...kali ni peluh kt badan die plak semakin bnyak..bt keje sket, abes basah ketiak n blakang bju..siap leh perah lg...n stiap kali wt keje berat mcm bersukan, pluh yg bnyak kt badan tu menybabkn die cepat berasa haus n tekak die cepat sgt kering...smpai die rase menyesal wt pmbedahan tu dlu...baek biakan aje...

2. ubatan - pakar tu kate, makan steroid(xsilap aku la, tp mmg sejenis pil la die tunjuk)...tp dsebabkn ubatan ni bakal menimbulkn bnyak masalh dr segi jgka pnjg n pndek,care ni doktor xsuggest...pon pluang still 50-50 lg...

3. rawatan Iontophoresis - treatment ni yg aku bt...bt kt HSA,JB...tp xlame,dlm sebulan stgah...treatmnt ni care die,kaki n tapak tgan akan direndam dlm air(rendam dlm besen kecik)...pastu akan de satu device (yg rupenya mcm pc voltage supply kt lab skolah n pc) yg akan mengalirkn low current dlm air tu utk mengecutkn liang2 peluh pd tapak tgan n kaki kite...seterusnya...


apa yang buat excited sangat nak update.. kita ade club la ! club untuk orang tangan berpeluh.. hek3.. percaya tak? cuba klik sini.

ha! tu dia... dah tengok? ada yang kata ni akibat kadar metabolism yang tinggi.. tapi.. punca dia masih belum di ketahui..
hurm..


Monday, April 16, 2012

TAHUKAH KAMU WAHAI MUSLIMAH =)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA =)
post kali ni... saya terbaca dari posto2 yang saya dapat... jadi saya nak share

setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurang.
dan kadang-kadang ujian dan dugaan yang dikurniakan oleh Allah ta'ala itu meliputi kekurangan 
dan kelemahan berbanding kekuatan dan kelebihan.

tapi.... adakah anda sedar kerana apa?

kerana setiap ujian dan dugaan yang allah timpakan itu merupakan suatu hikmah, 
agar sudut yang lemah menjadi kuat,
yang kurang menjadi sempurna,kerana ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa 
dan akal fikiran kita dalam menjalani kehidupan dunia .
subhanallah =)



together we united, seperated we fall . nice sp3 =)


Monday, March 5, 2012

10 UNIVERSITI MALAYSIA YANG DICABAR HASIL KERETA ELEKTRIK

Menerusi program Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 (PGMC 2012) 10 universiti telah dicabar untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik terbaik dalam masa tempoh 6 bulan. Kata perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak "dalam tempoh itu 10 universiti akan diberi sebuah kereta, set bateri, dan motor aruhan". Antara universiti yang dicabar untuk menghasilkan kereta elektrik yang boleh dikomersialkan dalam tepoh enam bulan adalah :

1. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
Image Detail

2.  UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Image Detail

3. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Image Detail
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Image Detail

5. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Image Detail

6. UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIA SPANISH INSTITUTE

Image Detail

7. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Image Detail

8. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Image Detail
9. UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Image Detail

10. UNIVERSITI SELANGOR

Image Detail



semoga universiti2 yang dicabar ini dapat menghasilkan sebuah produk yang berkualiti dan boleh dikomersialkan..



LIKE THIS ON FB