Wednesday, February 8, 2012

BEBASKAN DIRIMU DARI PENJARA FIKIRAN


Bebaskan Dirimu Dari Penjara Fikiran

Seekor belalang lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurungnya selama ini, dengan gembira dia melompat-lompat menikmati kebebasannya.

Dalam kegembiraan dia bertemu dengan belalang lain. Namun dia merasa hairan mengapa belalang itu boleh lompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya. Dengan kehairanan dia bertanya,
“Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku, padahal kita tidak jauh berbeza dari usia mahupun ukuran tubuh?”
Belalang itu menjawabnya dengan pertanyaan,
“Dimanakah kau tinggal selama ini? Semua belalang yang hidup di alam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan.”
Saat itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang telah membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.

Sering kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah juga mengalami perkara yang sama dengan belalang tersebut. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang berterusan, sikap masyarakat setempat, dan semua itu membuatkan kita terpenjara dalam kotak jumud yang merencatkan potensi kita.
Sering kali kita mempercayai mentah-mentah apa yang mereka katakan kepada kita tanpa berfikir dalam – dalam , bahawa adakah hal itu benar atau benarkah kita selemah itu? Lebih parah lagi, kita seringkali lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.
Tahukah anda bahawa gajah yang sangat kuat boleh diikat hanya dengan tali yang terikat pada tiang yang kecil? Gajah merasakan dirinya tidak boleh bebas jika ada “sesuatu” yang mengikat kaki nya, padahal “sesuatu” itu hanya disebabkan oleh seutas tali kecil…

Sebagai manusia kita mampu untuk berjuang, tidak menyerah begitu saja kepada apa yang kita alami. Kerana itu, teruskanlah untuk berusaha mencapai segala aspirasi positif yang ingin kita capai. Ingatlah, Allah tidak akan menguji hambanya melebihi apa yang mampu ditanggung olehnya.
Rasa sakit dan pedih itu sesuatu yang pasti, lelah itu memang, tetapi jika kita sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Pada dasarnya, kehidupan kita akan lebih baik kalau kita hidup dengan cara hidup pilihan kita sendiri, bukan dengan cara yang orang lain tentukan untuk kita
Ingatlah, antara ciri – ciri mukmin yang baik dan disukai Allah adalah mukmin yang kuat!

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~7L~


No comments:

Post a Comment

LIKE THIS ON FB