Friday, January 27, 2012

UiTM Cipta Malaysia Book of Record! By Kamarul Azhar Maarof - 20 Dec 2011


Debat222
Di penghujung tahun 2011 ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya melaksanakan perdebatan Bahasa Melayu ala perbahasan Parlimen selama 222 jam, 44 minit, 12 saat tanpa henti bertempat di Anjung Sri Budiman.
Dekan Fakulti Pendidikan UiTM, Prof Madya Dr Izaham Shah Ismail berkata, Program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti itu telah berjaya mencapai kejayaan tempoh perdebatan selama 222 jam melebihi sasaran awal sekretariat iaitu 211 jam.
Tempoh perdebatan dipanjangkan kepada 222 jam atas permintaan yang menggalakkan daripada banyak pihak yang ingin turut serta dalam menjayakan program anjuran UiTM dengan kerjasama Kumpulan Utusan ini.
Program debat bahasa Melayu itu bermula dari 24 November dan berakhir pada 3 Disember lalu. Rekod baru yang dicipta menerusi program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti itu berakhir pada jam 3.49 petang di sesi pendebatan sidang yang ke-222.
Perdebatan dalam mengangkat dan memperkasakan bahasa Melayu ini haruslah dipertahankan agar tidak hilang ditelan zaman, sekaligus menjadi lambang warisan bangsa pada masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada UiTM, Kumpulan Utusan Melayu, sekretariat-sekretariat, para peserta dan mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Debat2222

No comments:

Post a Comment

LIKE THIS ON FB

There was an error in this gadget