Saturday, January 14, 2012

PERINGATAN UNTUK JARI????

Manusia dicipta oleh Allah s.w.t mempunya 5 jari tangan kanan dan 5 jari tangan kiri. Jika difikirkan dengan akal yang diberi, kita akan mendapati di sebalik jari itu... tersimpan peringatan untuk kita... =) mari kite ambil tangan kanan dan letak d meja.. cube perhatikan... *P/S: saje nak share.. copy and paste je



  • Jari IBU : Jari yang besar dan pendek. Lambang kematangan dan kehebatan, juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan pakar rujuk. Peringatan untuk kita supaya kita menjadi manusia berguna dan membimbing masyarakat sekeliling ke arah JALAN YANG BENAR IAITU AGAMA ALLAH S.W.T.
  • Jari TELUNJUK : Jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika solat. jar ini melambangkan ketokohansebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada kita supaya SENTIASA TERTUNJUK KE ARAH JALAN YANG  BENAR TANPA BERSELINDUNG DISEBALIK MAKSIAT.
  • Jari HANTU : Jari yang paling panjang. Zaman remaja ditinggalkan dan alam dewasa menjengah. pada peringkat ini.... sekitar 30-an kehidupan kita mula stabil... tetapi... patut beringat kerana bermula la "hantu2" yg cuba mengacau... seperti hantu ego, hantu hasad dengki dan mcm2 lagi... untuk menghidarinya TINGKATKAN LAH AMAL IBADAT =D
  • Jari MANIS: Manisnya jari ini apabila tersarung sebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apabila masuk ke alam remaja. Disebalik kemanisannya, tersimpan cabaran dan dugaan. Juga telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika inilah kita diperingatkan untuk "AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR" dengan sbnr2nya
  • Jari KELINGKIN : Kecil dan kerdil. Lambang manusia bermula dari kecil. saat ini mengingatkan kita pada usia kanak2 yang mentah dan perlu dibimbing. Bagai pepatah "MELENTUR BULUH, BIARLAH DARIPADA REBUNGNYA"





*sumber dari majalah gen-q jum baca sama.. =)

No comments:

Post a Comment

LIKE THIS ON FB