Tuesday, November 6, 2012

Perkahwinan bukan seperti pekerja dan majikan!

Bagi saya, perkahwinan itu ialah satu partnership. Bukannya seorang employer dan seorang lagi employee. Kalau itu yang dicari, maka yang diingini ialah orang gaji dan bukannya seorang pasangan...

Bila saya sebut partnership, maka patut difa
hami bahawa kedua-dua pihak perlukan satu sama lain. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Ramai perempuan yang inginkan seorang Imam untuk membimbing mereka. Tapi janganlah lupa, si Imam juga perlukan bimbingan Makmumnya. Even dalam solat pun, kadang-kadang Imam perlukan pertolongan Makmum. Contohnya, Imam mungkin terlupa sesuatu dalam solat. Maka, Makmum akan mengingatkan.
Kedua-dua pihak harus bersedia untuk membimbing satu sama lain. Itulah perkahwinan.
Setiap tahun, selalunya saya dan keluarga akan balik ke kampung kami di Kelantan untuk meraikan Hari Raya puasa. Maka kami sekeluarga akan drive dari rumah kami di Perlis ke Kelantan. Ketika saya berada di seat penumpang, kadang kala saya memerhati bapa saya di seat pemandu dan ibu saya di seat sebelahnya.
Memandu dari Perlis ke Kelantan itu amatlah jauh. Ada ketika, jalannya berliku-liku. Bukannya highway yang lurus dari mula hingga ke akhir. Maka sudah tentu perjalanan seperti itu akan meletihkan ayah saya yang memandu. Sepanjang perjalanan, ibu saya akan cuba untuk memastikan bahawa ayah saya kekal fokus dan memandu dengan selamat. Kadang kala ibu saya akan menyuap ayah saya dengan makanan ringan. Kadang kala ibu saya memberi ayah saya minum. Kadang kala ibu saya akan mengurut-urut lehernya. Ibu saya juga akan bersembang-sembang dengan ayah saya supaya dia tidak mengantuk. Kadang kala bergurau senda seperti budak-budak dan kadang kala bertengkar seketika. Kadang kala apabila ayah saya terlalu letih, maka ibu saya akan memandu. Kadang kala apabila tidak mampu untuk memandu, kami berhenti di R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Saya tersenyum riang melihat mereka berdua. And then, saya terfikir sesuatu.





Ha! point nya kat sini... sebagai suami isteri sepatutnya berkerjasama dalam ape pun... bukan membahagi2kan kerja.. kata salaing melengkapi.. bukan hanya dilengkapi... tp kita jugak melengkapi pasangan kita.. insyaAllah.. bila kerjasama ada.. pasti rumah tangga yang dibina.. akan kukuh dan insyaAllah hingga ke syurga... amin... 


SUMBER

No comments:

Post a Comment

LIKE THIS ON FB