Friday, October 25, 2013

RASA DIRI TERANCAM. KEAMANAN? MUNGKIN TIADA...

TAK SELAMAT DAH!!!

Zaman sekarang duduk negara sendiri pun rasa tak selamat. Tengok la baru-baru ni kes pegawai bank di tembak, mati macam tu je. Lepas tu pengawal keselamatan bank tu sendiri yang tembak pulak tu. 
(kalau dah orang dalam sendiri pun tak boleh percaya. so, nak percaya siapa?)
Ha? apa semua ni? 
mudahnya orang sekarang guna senjata api. Lepas tu kes pegawai kastam mati ditembak di lampu isyarat?
wah.. aku duduk dekat mana sekarang?
dah macam apa dah sekarang punya kes. 
Apa yang aku rasa sekarang ialah ini mesti ada kaitan dengan tekanan perasaan. Orang sekarang memang merbahaya. Apa yang membuatkan manusia sekarang seperti tiada hati??
mungkin ini ada kaitan dengan :

1) wang?
yela, bila terlalu terdesak.. akal yang sihat pun boleh merundum jatuh dan fikir apa cara sekali pun untuk dapatkan wang. so, diorang dah tak kesah la apa yang diorang buat tu salah or betul asalkan duit dan kekayaan jadi milik diorang.

2) Dendam?
Mungkin terlalu berdendam sehingga hilang akal warasnya.

3)Tamak?
Dengan mendapatkan tawaran yang lumayan membuatkan mereka hilang pertimbangan sehingga lupa yang kita ni duduk kat negara malaysia yang ada undang2.

4)media?
pengaruh media sekarang aku rasa agak melampau la. terutama untuk kanak2 mereka ni ibarat kain putih. so, korang2 yang kat luar tu tak rasa bersalah ke buat filem or lagu or apa2 yang berusurkan keganasan dan tidak sopan? walaupun korang belum jadi parent korangkan ada akal yang waras cuba la elakkan dari buat contoh yang tak baik macam ni. haih.. yang dah bergelar ibubapa pulak, tak rase bersalah ke bawak anak2 tengok filem yang tak ade nilai moral yang boleh kita selitkan. mungkin ada! tapi aksi terlebih ada la! *heh! mungkin rasa hebad la tu

5) agama?
mungkin kurang didikan agama sekarang ni. Budak2 sekarang mana la nak dengar ceramah apa bagai. So, macam mana kita nak buat untuk budak2 ni berminat untuk belajar agama? itu kita la kena fikir sendiri. 

entah la dunia sekarang. takut dah nak keluar rumah pon ade jugak.

Thursday, November 8, 2012

LELAKI PERLU TAHU


SECARA lumrahnya, tubuh manusia cuma mampu menahan sakit sehingga 45 (unit) kesakitan. Walaubagaimana pun, ketika bersalin, seseorang wanita itu menghadapi kesakitan pada tahap 57 (unit) kesakitan.
Ini bersamaan dengan kesakitan seperti patah 20 tulang pada masa yang sama. Oleh itu, hargailah pengorbanan dan jasa ibu serta isteri anda....

copy paste dari =)

Solat sunat Dhuha



SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.





Tuesday, November 6, 2012

Kenapa nak cerita tentang orang?

BISMILLAH



Kenapa perlu kita cerita tentang orang lain.. walhal... diri kite sendiri tidak perfect!
Kenapa perlu kita menjaja keburukan orang lain.. walhal.. keburukan diri kita lebih teruk!

persoalan ini selalu bermain2 di minda.. ternyata rupa2nya.. kita menceritakan keperibadian org lain.. sebenarnya... kita membuka keperibadian kita sendiri.. jika kita sebarkan yang buruk2 tentang orang lain.. sebenarnya.. itu adalah refleksi diri kita sendiri ibarat kita sedang berbicara di hadapan cermin...

kita juga mencerita keburukan orang lain demi menutup kelemahan diri kita sendiri... benarkah ini?? YA!
memang benar.. itu la diri kita sebenarnya...

ini juga peringantan bukan pada pembaca... tetapi.. untuk saya juga.. insyaAllah.. kita cuba untuk mengubah diri... untuk tampil sebaik2nya di hadapannya kelak.. ingatlah.. kehidupan ini ibarat roda... kita tidak selalu berada di atas... dan juga... jangan hampa... kerana.. bukan juga kite sering ditindas di bawah... =)

ASSALAMUALAIKUM

Perkahwinan bukan seperti pekerja dan majikan!

Bagi saya, perkahwinan itu ialah satu partnership. Bukannya seorang employer dan seorang lagi employee. Kalau itu yang dicari, maka yang diingini ialah orang gaji dan bukannya seorang pasangan...

Bila saya sebut partnership, maka patut difa
hami bahawa kedua-dua pihak perlukan satu sama lain. Isteri perlukan suami dan suami perlukan isteri. Ramai perempuan yang inginkan seorang Imam untuk membimbing mereka. Tapi janganlah lupa, si Imam juga perlukan bimbingan Makmumnya. Even dalam solat pun, kadang-kadang Imam perlukan pertolongan Makmum. Contohnya, Imam mungkin terlupa sesuatu dalam solat. Maka, Makmum akan mengingatkan.
Kedua-dua pihak harus bersedia untuk membimbing satu sama lain. Itulah perkahwinan.
Setiap tahun, selalunya saya dan keluarga akan balik ke kampung kami di Kelantan untuk meraikan Hari Raya puasa. Maka kami sekeluarga akan drive dari rumah kami di Perlis ke Kelantan. Ketika saya berada di seat penumpang, kadang kala saya memerhati bapa saya di seat pemandu dan ibu saya di seat sebelahnya.
Memandu dari Perlis ke Kelantan itu amatlah jauh. Ada ketika, jalannya berliku-liku. Bukannya highway yang lurus dari mula hingga ke akhir. Maka sudah tentu perjalanan seperti itu akan meletihkan ayah saya yang memandu. Sepanjang perjalanan, ibu saya akan cuba untuk memastikan bahawa ayah saya kekal fokus dan memandu dengan selamat. Kadang kala ibu saya akan menyuap ayah saya dengan makanan ringan. Kadang kala ibu saya memberi ayah saya minum. Kadang kala ibu saya akan mengurut-urut lehernya. Ibu saya juga akan bersembang-sembang dengan ayah saya supaya dia tidak mengantuk. Kadang kala bergurau senda seperti budak-budak dan kadang kala bertengkar seketika. Kadang kala apabila ayah saya terlalu letih, maka ibu saya akan memandu. Kadang kala apabila tidak mampu untuk memandu, kami berhenti di R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Saya tersenyum riang melihat mereka berdua. And then, saya terfikir sesuatu.





Ha! point nya kat sini... sebagai suami isteri sepatutnya berkerjasama dalam ape pun... bukan membahagi2kan kerja.. kata salaing melengkapi.. bukan hanya dilengkapi... tp kita jugak melengkapi pasangan kita.. insyaAllah.. bila kerjasama ada.. pasti rumah tangga yang dibina.. akan kukuh dan insyaAllah hingga ke syurga... amin... 


SUMBER

Friday, November 2, 2012

Seloka McDonald




Edisi Senyum Sendiri~SELOKA MCD!




Samad : hello mcD
-mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ade ?
-mcD : ade
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak ?
-mcD : (tutup telefon)



Samad: hello mcD
-mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ?
-mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
-mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek ?
-mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)


Samad : hello mcD
-mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?
-mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?
Samad : takk .. cume kesian .. tak boleh tidur :3
-mcD : (baling telefon)


Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih-2 .. saye cari belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade tak???
mcD : (kejang , mulut berbuih dan pengsan seketika)


#CP




Wednesday, October 24, 2012

MAT LUTFI -DRAMA2 SEBELUM KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM




Ramai kawan2 kita yang merancang berkahwin dalam usia muda... ada yang plan kahwin lepas degree la.. lepas diploma la... tapi... WATCHOUT! kita hanya mampu merancang.. allah menetukan segalanya... kali ni.. mat lutfi tampil dengan keletah2 & masalah2 yang dihadapi sebelum kahwin... dalam berjenaka.. actully ada input yang besar ingin disampaikan... selamat menonton!




Tekan sini untuk tengok vidoe =D 


LIKE THIS ON FB